Monday 16 January 2012

How To Eat Niqabis Style


Pelbagai persoalan dan komen yang diajukan kepada saya 
samada secara bersemuka /dilaman sosial terkini 
(FB, Skype, Twitter, YM, dll) 

Antara soalan yang diajukan :-

1) Mcm mana makan masa firstime berniqab?

2) Klu kakak makn berniqab tak kotor ke niqabnya?

3) Mcm mana makan time hadiri majlis2 terbuka seperti kenduri, 
open house, musim raya bersama kawan atau sanak saudara?

4) Macm mana kakak makan di khalayak ramai, if memang xda tempat nak 
bersembunyi @ tempat tersorok atau tertutup sikit?

5) Klu berniqab sambil makan, means kita tak buka niqab time makan, 
tak rasa rimas ke, atau tak tumpah ke makan yang kita makan?

6) Kenyang ke bila makan pakai niqab, kiranya selak je, 
puas ke makan macam tu? msuk ke semua makanan dlm mulut bila di suap?

7) Macam mana kakak makan makanan yang berkuah? 
atau yang kena guna pisau untuk memotong makan, tak rasa kekok ke?



~~~~~~ JAWAPANNYA AKAN TERJAWAB, IKUTI SETERUSNYA ~~~~~~ 
(Indahnya islam, ianya mudah dan tidak pernah menyusahkan setiap hambaNya 
untuk melakukan rutin harian (ibadah) walaupun dengan berniqab)


Contoh 1 :-


~~* Contoh : cara menjamu selera dengan menggunakan tangan *~~
(a.k.a : secara profesional mengikut sunnah S.A.W)


1) Mula-mula : ambil makanan dengan menggunakan tangan kanan 
eg : makanan ringan, nasi, keropok, cekodok ke, dll.. 

2) Kemudian : tundukkan sedikit kedudukan wajah anda ke bahagian makanan
(sambil tangan kiri menyelak helaian tepi sebelah kanan niqab/furdah
bagi membolehkan makanan masuk mengikut keselesaan anda)

3) Selepas itu : halakan tangan kanan yang berisi makanan di bawah 
helaian niqab yang diselak, halakan ke dalam mulut 
(sunnah menggunakan tangan kanan)

4) Akhirnya : makan seperti biasa, dan teruskan untuk suapan 
kedua dan hingga akhirnya (sama juga yang lain makan kan.. ^_^ )



Contoh 2 :-


~~* Contoh : menjamu selera dengan menggunakan set sudu, garpu, pisau *~~
(a.k.a : menggunakan bahan logam atau sewaktu dengannya)


1) Mula-mula : ambil makanan seperti biasa
(dengan menggunakan sudu, garpu atau sebagainya - tangan kanan)

Sekiranya menggunakan set pisau garpu, lakukan seperti biasa cara 
pemotongan, serta alihkan garpu ke tangan kanan dan makan seperti biasa

Sekiranya makanan itu berkuah/air (sup, tomyam, mee kari, dll)
Cedok (huhuhu~ betul ke ayatnya nie) dahulu kuah bersama makanan tersebut, 
pastikan tidak terlalu penuh kuah pada sudu supaya 
tidak tertumpah tika suapan ke mulut


2) Kemudian : selakkan sedikit (bukaan mengikut keselesaan anda) 
helaian niqab/furdah sebelah kanan dengan 
menggunakan tangan kiri 

3) Selepas itu : halakan sudu atau garpu yang berisi makanan ke 
helaian yang di selak supaya dapat menjamu selera dengan nikmatnya 
(halakan pada mulut dan makan seperti biasa)

4) Akhirnya : hamdulillah.. kenyang seperti orang lain juga makan kan.. ^_^
Semuanya mudah dan tiada yang menyusahkan dalam sunnahnya


~~~ Sekian ~~~


Special Item : kami menyediakan kemudahan untuk para niqabis 
menjamu selera dengan menggunakan niqab (eating niqab)


4 comments:

  1. ehehe! comel! suke! <3

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dear.. insyaAllah memberi pengetahuan untuk para niqabis yang baru berniqab..

    ReplyDelete
  3. jazakallohu khoir..
    from : www.bintoro-craft.com

    ReplyDelete